Untuk Temujanji Sila Hubungi: 03-9173 9786 atau 013 3712334

Sakit Sendi Tanda Awal Masalah Saraf...

"Rawat Sekarang!"

Ketahui Bagaimana Terapi Saraf boleh membantu Anda Merawat Gout, Lumpuh, Lenguh Sendi, Migrain, Angin Ahmar, Sakit Lutut, Resdung, Sakit Leher dan Sakit Pinggang

Peringatan: Jika anda sudah ada tanda kebas-kebas, sakit pinggang, mudah pitam, susah nak bangun segeralah untuk membuat rawatan. Anda akan lebih tertekan dengan KOS RAWATAN bila penyakit telah menyerang

 

Tarikh:
Kepada:
Anda Yang Ingin Kekal Sihat

 

ernahkah anda rasa tiba-tiba rasa pening kepala, rasa termengah-mengah walaupun membuat kerja yang ringan, jiwa resah tak menentu, cepat marah tanpa sebab dan pelbagai lagi sintom penyakit yang mendatangi anda sedikit demi sedikit. Anda sebenarnya sedang diserang pelbagai penyakit bahaya yang bakal melumpuhkan seluruh sistem utama badan anda.

Pernahkah juga anda terdengar tiba-tiba jiran sebelah rumah anda dimasukkan ke hospital kerana diserang Angin  Ahmar, Rakan lama semasa disekolah rendah terpaksa dipotong kakinya kerana kencing manis, bapa rakan anda mengalami masalah mata dan hampir buta kerana penyakit darah tinggi yang teruk. Pengawal keselamatan di  tempat kerja anda terpaksa cuti kerja kerana penyakit Gout yang berlarutan, dan banyak lagi kisah sebegini yang berlaku  hampir setiap hari...Ini adalah fenomena biasa masyarakat Malaysia hari ini yang semakin terdedah kepada pelbagai berbahaya

Rata-rata setiap orang hari ini mempunyai penyakit, sama ada penyakit utama seperti Sakit Jantung, Darah  Tinggi, Kencing Manis ataupun sub-penyakit yang akan membawa kepada penyakit utama secara beransur-ansur.

 

 

 

FAKTA KESIHATAN

Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.

Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.

Penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.

Penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.

Penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: Penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.

Penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.

Penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.

Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.

 

 

 

Apa itu Terapi Saraf dan Apakah Kesannya?

 

Rawatan Terapi Saraf merupakan satu lagi kaedah refleksologi yang dipermodenkan kerana ia bukan hanya sekadar mengurut atau memicit ditelapak tangan dan kaki sahaja tetapi ia diiringi dengan penggunaan gelombang letrik. Cara ini tidak merbahaya. Ia sesuai dilakukan kepada golongan kanak – kanak sehinggalah orang tua.


Pada dasarnya, refleksologi adalah memperlancarkan kembali aliran darah melalui tekanan. Ramai orang mengetahui cara perubatan ini dan mempraktikkannya. Ia merupakan suatu seni untuk meningkatkan potensi perkembangan diri, pencapaian dan juga keberkesanan optimum dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini kerana selain dari mengubati pelbagai penyakit,mereka yang mempunyai kejutan emosi, dendam, marah, kenangan sedih dan kesan negatif dari pengalaman juga dapat diredakan dalam waktu yang singkat.


Rangsangan terapi telapak tangan atau kaki ini memberikan tindakbalas secara langsung melalui perbagai hubungan dan komunikasi otak. Ini kerana tapak tangan dan kaki terdapat banyak sekali jaringan saraf sehingga membuatkan tangan dan kaki kita sensitif .Jaringan saraf ini pula berhubungan dengan otak. Ini bererti apabila di dalam tubuh timbul penyakit, isyarat akan segera disampaikan ke otak dan dari otak terus ke isyarat tangan atau kaki.
 

Lebih dari 150 jenis penyakit boleh disembuhkan dengan cara perubatan ini. Antaranya ialah seperti penyakit yang ringan seperti sakit leher dan perut kembung sehinggalah kepada sakit yang agak serius seperti migrain, gout, angin ahmar dan lumpuh. Bagi mereka yang mengalami gangguan saraf seperti terseliuh, sakit pinggang dan sakit lutut amat digalakkan untuk mencuba kaedah ini kerana ia akan memperbetulkan semula saraf yang terganggu dan tersekat. Terapi ini tidak khusus untuk penyakit yang dinyatakan sahaja tetapi penyakit lain juga boleh dirawat seperti gangguan halus, sihir , saka dan meroyan.Tahap penyakit pula ada 2 kategori iaitu penyakit yang mudah disembuhkan dan agak sukar disembuhkan. Yang mudah disembuhkan dengan cara ini adalah pengsan, asma, jantung lemah (tidak kronik), sakit kepala, sakit sendi, otot kejang, dan selsema. Penyakit yang agak sukar disembuhkan antara lain kanser , lumpuh dan urat saraf yang sudah tidak berfungsi (contohnya mengambil ubat secara berterusan), strok dan lain-lain.
 


Rawatan ini tidak seperti mengurut biasa yang memerlukan masa yang lama untuk memulihkan bahagian yang sakit. Hanya dengan beberapa minit sahaja pesakit boleh merasai sendiri gelombang ini berfungsi. Perawat akan menyentuh bahagian – bahagian yang sakit dan mengalirkan gelombang tersebut supaya mana – mana sistem badan yang terganggu dapat dipulihkan. Di tempat itu pembuluh darah membuat titik balik ke berbagai organ-organ tubuh. Apabila satu bahagian tubuh tidak cukup memperolehi aliran darah, organ itu akan menjadi sakit. Melalui Terapi Saraf ini, cedera baru dan lama boleh disembuhkan. Tumpuan dan ingatan dapat dipertingkatkan. dan rasa tertekan serta tegang boleh diusir.Pada permulaannya mungkin pesakit akan terasa perit pada tempat yang disentuh kerana aliran itu tetapi lama kelamaan ia akan kembali normal semula apabila perawat dapat mengenalpasti bahagian yang perlu diperbetulkan kerana rasa sakit itu bergantung pada berat dan ringannya penyakit.

Kaedah ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja tetapi hendaklah dijalani dengan beberapa kali rawatan. Ini kerana kebanyakan penyakit yang sedang dihidapi mungkin telah dihidapi pesakit semenjak 5 hingga 10 tahun dahulu. Mustahil penyakit yang telah begitu lama ‘beraja’ di dalam tubuh badan boleh dirawat dengan hanya sekali rawatan sahaja kerana pada masa itu telah banyak fungsi – fungsi organ dalaman badan terjejas dan berpotensi menimbulkan pelbagai – bagai jenis penyakit tanpa disedari.

Kaedah ini tidak menuntut biaya yang besar untuk menyembuhkan penyakit kerana tidak semua orang sanggup pergi mendapatkan rawatan yang kebanyakannya memerlukan kos yang agak mahal. Oleh itu, rawatan alternatif Mahsuri memberi peluang kepada mereka yang kurang berupaya dari segi kewangan untuk merawat penyakit mereka tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi mereka mestilah sabar, tekun dan yakin untuk sembuh supaya penyakit yang sedang dihadapi boleh dipulihkan.

 

 

Pesakit yang telah membuat rawatan dan berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Lihat contohnya...

"Keputihan Dan Senggugut"

Nama               : Sarimah Mustafa

Umur                : 30 tahun

Pekerjaan       : Pembantu tadbir

Lokasi              : Singapura

Masalah           : Keputihan dan senggugut

Saya menghadapi masalah senggugut dan keputihan yang agak teruk walaupun sudah lama berkahwin. Suatu hari saya melayari internet dan  terbaca mengenai rawatan di Rawatan Alternatif Mahsuri di Cheras, Kuala Lumpur.

Saya amat tertarik dengan kaedah rawatan yang disyorkan. Saya telah diberi  ubat dan juga Terapi Saraf  untuk melancarkan perjalanan darah yang tersekat. Semasa awal pengambil ubat tersebut, banyak keputihan yang keluar dalam masa seminggu dan pulih tidak lama kemudian. Senggugut pula tidak sakit seperti selalu dan haid saya berjalan lancar.

 Selepas mengambilnya selama 3 bulan, badan saya bertambah sihat, penyakit saya juga semakin sembuh. Kini, saya tidak perlu bergantung pada ubat lagi dan kini kehidupan saya lebih bermakna.

 

"Konflik Dengan Suami"

Nama               : Pn Sarina Saifuddin

Umur                : 47 tahun

Pekerjaan         : Pegawai Bank

Lokasi              : Melaka

Masalah            : Konflik dengan suami

Saya menghadapi masalah dengan suami setelah dikurniakan 5 cahaya mata. Ia bermula setelah suami saya dinaikkan pangkat dan sering melakukan kerja diluar daerah. Pada mulanya saya tidak menaruh syak wasangka apabila dia sering pulang lewat tetapi lama kelamaan saya mula sangsi kerana selalu balik pada pukul 2 – 3 pagi. Alasannya kerja terlalu banyak dan berjumpa pelanggan. Pergi outstation pun selepas 3 hari baru balik berbanding sebelumnya hanya sehari dua sahaja.

Perubahan ini telah menjadikan saya sering bergaduh dengan suami dan keadaan bertambah teruk apabila orang ketiga (mak mertua) mula campur tangan dengan menyebelahi anaknya. Saya begitu tertekan sehingga saya pernah mengambil ubat tidur melebihi dos yang dibenarkan dan dimasukkan ke hospital.

Melihat keadaan rumahtangga saya begitu berkocak, sahabat baik saya mensyorkan agar saya datang berjumpa dengan perawat RAM untuk kaunseling. Semasa proses rawatan, saya telah diberi pelbagai nasihat dan pandangan untuk memulihkan permasalahan saya ini. Alhamdulillah, setelah saya mengikuti segala panduan yang diberi hubungan saya dengan suami semakin baik begitu juga hubungan saya dengan mertua. Kini hidup saya lebih tenang, yakin dan gembira dengan perubahan ini.

 

"Darah Tinggi Dan Strok"

Nama               : Pn Syarifah Hasnidar

Umur                : 32 tahun

Pekerjaan         : Suri rumah

Lokasi              : Muar, Johor

Masalah            : Darah tinggi dan strok


Semasa saya mengandungkan anak ketiga, saya telah diserang penyakit darah tinggi sehingga muka dan kaki saya bengkak-bengkak.Saya telah ditahan di wad ICU dan terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan walaupun belum cukup bulan. Ini dilakukan demi keselamatan saya dan anak.

 Setelah tiga minggu pembedahan, saya masih dalam keadaan koma.Ini berlaku kerana tekanan darah tinggi saya masih tidak turun walaupun pelbagai cara telah doktor lakukan.Selepas sedar, saya mengalami pelbagai komplikasi antaranya kegagalan buah pinggang, suara menjadi garau dan yang paling malang saya tidak mampu berjalan (stroke).

 Setelah 3 bulan berada di hospital, saya dibenarkan pulang tetapi keadaan saya masih begitu.Berbagai ubat telah dibekalkan sehingga saya perlu menelan 15 biji ubat sehari…Bayangkanlah, betapa seksanya saya ketika itu.Namun pada suatu hari jiran saya telah mengesyorkan agar saya pergi mendapatkan Rawatan Alternatif Mahsuri.

 Dengan ditemani suami, saya kesana. Sewaktu itu saya masih berkerusi roda.Di sana, saya diberikan beberapa jenis ubat dan membuat rawatan terapi.Saya juga ada membuat terapi ais dan setelah tiga kali rawatan, saya sudah mampu berjalan menggunakan tongkat. Saya amat gembira akan perubahan yang berlaku Sehingga kini setelah beberapa rawatan susulan, saya sudah mampu berjalan dan menjalankan kerja-kerja rumah seperti biasa.Saya amat bersyukur dan kini hidup saya lebih bahagia.

"Kencing Manis"

Nama               : Abdul Ghafar b. Roslan

Umur                : 51 tahun

Pekerjaan         : Peniaga

Lokasi              : Ipoh, Perak

Masalah            : Kencing manis dan masalah kegatalan pada kaki

Saya menghadapi penyakit kencing manis sejak 13 tahun yang lalu. Sejak kebelakangan ini kaki saya selalu gatal - gatal dan luka. Akibatnya luka tersebut menjadi hitam. Saya mula risau dengan keadaan tersebut jika ia akan menjadi lebih parah.

Satu hari, saya ada bertemu dengan seorang kawan lama yang kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur. Kawan saya itu  memberitahu saya tentang kaedah rawatan di Alternatif Mahsuri.Pada mulanya saya tidak begitu yakin untuk berubat di sana tetapi setelah melihat kawan saya telah sembuh dari penyakit kencing manis yang dihidapinya saya terus ingin mencuba.


Tiga hari pertama menggunakan ubat yang disyorkan, saya mula terasa akan perubahannya. Seluruh badan saya mula menjadi lenguh-lenguh dan sering buang air kecil. Saya tahu itu merupakan tindakbalasnya. Saya terus mengambil ubat tersebut hingga sebulan dan juga membuat rawatan susulan. Saya juga turut diberi ubat sapu untuk kaki. Alhamdulillah..saya betul-betul gembira apabila kaki saya yang kehitam-hitaman sebelum ini telah menunjukkan perubahan ketara. Tiada lagi gatal-gatal di sekitar kaki.

 

"Berhenti Merokok"


Nama               : Ahmad Razlan Mohd

Umur                : 54 tahun

Pekerjaan         : Usahawan

Lokasi              : Cheras, Kuala Lumpur

Masalah            : Berhenti merokok

Saya merokok semenjak dari sekolah menengah lagi dan sehingga kini usia saya telah mencecah 50 tahun. Tabiat merokok telah sebati dalam diri.Saya merokok sekurang-kuragnya 4 kotak dalam sehari. Saya pernah empat kali cuba berhenti merokok, tetapi akibat faktor persekitaran dan jiwa saya yang lemah, saya kembali ke tabiat asal.

 Pada suatu hari selepas saya pulang dari sembahyang Jumaat, saya terbaca risalah Rawatan Alternatif Mahsuri.Saya amat tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan,lalu saya pergi kesana bersama isteri.

 Di sana saya telah diberi Terapi Saraf dan kaunseling oleh perawat RAM selain ubat yang berkaitan. Dengan azam yang kuat serta beberapa sesi kaunseling, saya telah berjaya menghentikan tabiat merokok sepenuhnya.Kini hidup saya bebas dari rokok dan kehidupan saya lebih sihat dan berkualiti.

 

"Anak Degil Dan Malas Belajar"

Nama                : Pn. Rahimah Yaacob

Umur                 : 45 tahun

Pekerjaan         : Arkitek

Lokasi              : Pendang, Kedah

Masalah            : Anak degil dan malas belajar

 

Mempunyai anak yang degil dan malas belajar memang menguji kesabaran .Lebih-lebih lagi bagi anak yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM.Begitu juga anak sulung saya yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Saya begitu runsing bila melihat anak sulung saya itu sejak dari kecil, dia memang kurang aktif, malas belajar dan sudah pandai melawan. Pada mulanya saya ingat mungkin anak perempuan memang begitu, tetapi melihat kawan-kawannya yang lain, saya yakin anak saya perlu bantuan intensif.

 Bila ditegur akan kegemarannya menonton TV, ada saja jawapannya.Apabila dia membaca dan membuat latihan yang diberikan guru sekolah, paling tidak pun cuma 10 minit.Masa selebihnya banyak dihabiskan dengan termenung dan menguap.Langsung tidak menampakkan kesungguhannya terhadap pelajaran.

 Telah pelbagai ikhtiar saya lakukan, agar masalah anak saya dapat diselesaikan memandangkan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan penting. Dari kelas tambahan, di sekolah dan dirumah beliau masih tiada peningkatan yang memberangsangkan. 

Masalah ini telah saya ceritakan kepada seorang rakan sepejabat.Lalu rakan saya itu telah mencadangkan agar saya mengambil ubat IQ & EQ dari Rawatan Alternatif Mahsuri. Di samping itu juga anak saya turut diberi kaunseling untuk menyelami masalah yang dihadapinya. Alhamdulillah, setelah 3 minggu nampak perubahan pada anak saya dan kini dia lebih ceria untuk belajar dan lebih bermotivasi terhadap diri sendiri.

 

"Sakit Sendi"

Nama               : Mohd Hassan Hasyim

Umur                : 40 tahun

Lokasi              : Senawang, Seremban

Masalah            : Sakit sendi dan sengal – sengal tulang

Penyakit yang saya hadapi iaitu sengal-sengal tulang dan sering sakit lutut jika berjalan terlalu lama. Keadaan ini membuatkan saya tidak selesa dan tidak dapat melakukan kerja berat kerana sering terganggu apabila sakit ini menyerang. Sakitnya begitu menyucuk pada setiap urat sendi.

 

Suatu hari saya mendapat risalah daripada seorang kawan mengenai Terapi Saraf  yang sungguh berkesan untuk menyembuhkan penyakit sendi dan saraf. Saya amat teruja untuk mencubanya setelah saya mendapat keterangan daripada Rawatan Alternatif Mahsuri mengenai keberkesanannya. Tanpa berlengah saya membuat temujanji dan setelah mendapat rawatan di sana saya begitu berpuas hati dengan keputusannya. Tiada lagi rasa lenguh sendi dan sakit lutut juga berkurangan setelah 3 kali rawatan.

 

 

"Migrain"

Nama                : Jaslina Jasmine

Umur                 : 25 tahun

Pekerjaan         : Akauntan bank

Lokasi              : Hulu Langat, Selangor

Masalah            : Migrain

Penyakit migrain ni memang dah lama saya hadapi. Sekiranya cuaca panas, kurang tidur atau bebanan kerja yang banyak di pejabat, mulalah penyakit migrain saya datang menyerang. Biasanya saya akan menelan 2 biji panadol bagi melegakan kesakitan namun setelah sekian lama saya dapat rasakan ubat tersebut tidak mampu lagi memberi kelegaan.

 Sedang saya melayari internet, saya terbaca iklan mengenai Rawatan Alternatif Mahsuri, lalu tanpa berlengah saya pergi kesana. Semasa dalam rawatan, saya diberi ubat dan membuat Terapi Saraf . Saya juga digalakkan berpantang makan makanan berlemak dan makanan yang sejuk. Pada mulanya saya masih mengalami migrain yang teruk, tapi saya telah dinasihati oleh Doktor agar terus memakan ubat yang diberikan sekerap yang mungkin.kerana itu adalah kesan dari tindakbalas ubat .

 Setelah beberapa hari, saya dapati badan saya lebih segar dan sehingga kini saya tidak lagi bergantung pada ubatan lain.Saya amat gembira diatas perubahan yang ketara ini dan saya telah banyak memperkenalkan Rawatan Alternatif Mahsuri kepada saudara mara dan sahabat handai. Sekiranya anda mencuba, saya pasti anda juga turut gembira.

 

 

"Gangguan Halus"

Nama                : Raziah Ahmad Fauzi

Umur                 : 27 tahun

Pekerjaan         : Setiausaha

Lokasi              : Shah Alam, Selangor

Masalah            : Gangguan halus

 

Saya mengalami gangguan ini sejak setahun lalu. Pada mulanya saya hanya merasakan sakit – sakit seluruh badan tetapi kini saya sering jatuh pengsan 2 hingga 3 kali sehari sehingga menjejaskan prestasi kerja saya. Pelbagai rawatan yang saya lakukan tidak kira moden atau tradisional tetapi penyakit saya tetap sama sehingga saya rasa berputus asa.

Semasa melayari internet saya terbaca mengenai Rawatan Alternatif Mahsuri yang menyediakan rawatan untuk penyakit seperti saya . Semasa awal perubatan keadaan saya begitu teruk kerana perlu melawan dari segi spiritual dan fizikal saya terlalu lemah untuk mengatasinya, tetapi Alhamdulillah setelah 3 kali rawatan saya beransur sihat. Kini hidup saya lebih yakin dan begitu gembira dengan kehidupan saya sekarang.

 

"Gout Dan Bengkak Kaki"

Nama                : Fauzi Alias

Umur                 : 38 tahun

Pekerjaan         : Juruteknik

Lokasi              : Temerloh, Pahang

Masalah            : Gout dan bengkak kaki

Sudah dua tahun saya diserang penyakit gout. Semakin hari semakin teruk walaupun saya berpantang makan terutama sekali makanan laut. Setiap hari saya perlu menelan ubat yang sama membuatkan saya begitu jelak untuk menelannya dan badan pula terasa letih setiap hari.

Kaki saya membengkak sehingga pada satu tahap saya sukar berjalan dan terpaksa berbaring sepanjang hari dan perlu naik kerusi roda jika perlu kemana-mana. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Kerja saya juga terganggu kerana selalu ambil cuti sakit. Hinggalah pada suatu hari kawan saya memberitahu mengenai rawatan di RAM. Penerangan mengenai kaedah rawatannya membuka hati saya untuk berubat di sana.

Semasa awal perubatan, saya perlu melakukan Terapi Saraf sebagai melancarkan darah dan membetulkan saraf. Ubat juga dibekalkan untuk melancarkan lagi proses perubatan. Saya mengulangi terapi seminggu sekali pada bulan pertama. Pada bulan kedua saya sudah boleh berjalan sedikit menggunakan tongkat  dan ternyata badan saya terasa bertambah sihat dan segar.

Saya meneruskan rawatan di RAM dan saya disyorkan membuat terapi ais untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Setelah 3 bulan saya tidak perlu bergantung kepada kerusi roda atau tongkat lagi. Saya begitu gembira kerana saya juga tidak perlu makan ubat hospital untuk seumur hidup saya.Kini saya boleh berkerja semula dengan lebih selesa dan yakin.

 

"Putus Tunang"

Nama                : Wan Hafizah Wan Mohamad

Umur                 : 23 tahun

Pekerjaan         : Pelajar Universiti

Lokasi                : Dungun, Terengganu

Masalah            : Tiada ketenangan hidup setelah tunang berlaku curang

 

Masalah yang saya alami adalah berpunca dari bekas tunangan saya.Kami telah berkawan selama 4 tahun dan atas persetujuan bersama, Dalam tempoh lebih kurang 2 tahun bertunang, majlis pernikahan kami telah 3 kali ditunda atas berbagai alasan yang tunang berikan.

Jiwa saya mula mencurigai tunang, seolah-olah ada suatu perkara yang diselindungkan kepada saya.Dengan izin Allah, akhirnya saya melihat sendiri kecurangan tunang didepan mata. Patutlah selama ini dia seakan – akan menjauhkan diri apabila saya ingin bertemu untuk membincangkan hari pernikahan kami.

Saya begitu kecewa dan merasa sangat sedih kerana dipermainkan begini lalu meminta pertunangan kami diputuskan. Jiwa saya begitu tertekan dan mengasingkan diri seolah – olah hilang keyakinan untuk hidup. Pelajaran saya juga turut terganggu. Ibubapa saya begitu bimbang dengan keadaan saya, lalu membawa saya ke Rawatan Alternatif Mahsuri. Di sana saya telah diberi kaunseling dan 3 jenis ubat yang berkaitan dengan emosi. Setelah 2 kali rawatan, saya dapat rasakan perubahan.

Jiwa saya semakin tenang, badan semakin segar dan sihat serta fikiran saya tidak bercelaru lagi. Saya telah dapat berfikir secara rasional dan dapat menerima segala apa yang berlaku sebagai takdir Ilahi. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada perawat RAM yang telah memberi lebaran hidup yang lebih bermakna untuk saya meneruskan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

 

"Asma"

Nama                : Mohd. Akmal bin Rizudin

Umur                 : 10 tahun

Pekerjaan         : Pelajar

Lokasi               : Jasin ,Melaka

Masalah            : Sukar belajar kerana asma

 

Anak saya berumur 10 tahun dan menderita penyakit asma semasa berumur 6 tahun. Asmanya semakin hari bertambah teruk dan ditambah pula dengan batuk yang berpanjangan. Dia terpaksa bergantung kepada gas (pam) untuk meredakan asmanya. Saya begitu kasihan melihat keadaannya yang semakin membimbangkan.

Pelbagai ubat telah dimakan dan merata tempat telah saya usahakan untuk merawatnya. Dalam sebulan ada 2 – 3 hari dia tidak datang ke sekolah apabila terpaksa di tahan di hospital. Dia seorang pelajar yang cerdik tetapi disebabkan penyakitnya dia sentisa merendah diri dan malu kerana selalu ponteng kelas dan mendapat keputusan periksa yang kurang memuaskan. Hinggalah suatu hari mak saudara saya mensyorkan agar saya membawa anak saya ke RAM. Pada mulanya saya tidak berapa yakin tetapi berbekalkan kecekalan dihati untuk melihat anak saya sihat semula saya bertekad untuk membawa anak saya ke sana.

Pada permulaan rawatan, anak saya perlu diberi urutan Terapi Saraf untuk merangsangkan pernafasan dan melancarkan mana - mana bahagian yang terganggu. Kemudian anak saya perlu melakukan potensi penyakit untuk mengetahui punca penyakitnya yang sebenar dan potensi penyakit yang akan dihidapinya kelak.

Alhamdulillah, setelah 3 kali rawatan anak saya beransur sihat dan tidak lagi bergantung kepada ubat. Dia sudah boleh bersekolah seperti biasa dan hanya perlu mendapatkan rawatan susulan sesekali sahaja, dan kini setelah 3 bulan anak saya begitu sihat dan kembali aktif di sekolah.

 

"Angin Ahmar"

Nama                : Mohd. Roslan Harun

Umur                 : 60 tahun

Pekerjaan         : Pesara

Lokasi               : Bangsar, Kuala Lumpur

Masalah            : Pengidap angin ahmar dan lumpuh

Saya mengalami stroke (angin ahmar) sejak setahun yang lalu. Sebelah kaki & tangan saya tidak dapat berfungsi & lidah juga menjadi kelu. Saya mengalami lumpuh sebelah badan. Saya sukar untuk bergerak dengan baik dan sukar menggenggam barang. Mulut saya pula herot menyebabkan air liur sentiasa meleleh dan percakapan pun tidak jelas. Saya begitu rasa rendah diri dengan keadaan saya. Puas saya berurut dan mencuba pelbagai ubat tak kira secara moden atau tradisional tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku.

Saya telah disyorkan oleh seorang kawan yang secara kebetulan datang berziarah supaya berubat di Rawatan Alternatif Mahsuri (RAM). Ini kerana isterinya telah sembuh dari strok yang dialaminya setelah 5 bulan berubat. Saya mendengar dengan penuh minat dan keesokkannya saya membuat temujanji untuk ke sana. Saya diberi rawatan dengan urutan Terapi Saraf untuk melancarkan peredaran darah serta membetulkan saraf-saraf lain yang terganggu.

Saya perlu mengulangi rawatan ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk kesan yang lebih baik. Saya juga dikehendaki membuat analisis penyakit dan saraf untuk mengetahui punca penyakit. Alhamdulillah, kurang 3 bulan saya telah mula dapat bercakap dengan baik dan badan saya lebih bertenaga dari dahulu dan saya perlu mengulangi rawatan hanya sebulan sekali sahaja. Pergerakan saya juga lebih baik tanpa perlu bantuan dari orang lain..dan hasil kesabaran saya telah pulih setelah 6 bulan berubat. Terima kasih RAM.

 

"Radang Paru-Paru"

Nama                : Ismail Zainuddin

Umur                 : 49 tahun

Pekerjaan         : Guru

Lokasi               : Bandar Baru Bangi

Masalah            : Sering  batuk dan demam kerana pneumonia

Saya mengalami pneumonia selama 2 bulan. Pada awalnya saya hanya batuk-batuk  sahaja tetapi lama kelamaan batuk saya semakin teruk disusuli pula dengan demam, sakit kepala dan letih seluruh badan. Batuk yang berlanjutan menyebabkan nafas saya menjadi sesak. Prestasi kerja pula menurun kerana sering berulang alik ke hospital. Semasa melayari internet saya telah terbaca mengenai rawatan di Alternatif Mahsuri mengenai konsep rawatanan yang diberikan bagi sesiapa yang mengalami penyakit. Saya tertarik dengan cara perubatan yang hanya menggunakan rambut sahaja untuk mengetahui punca penyakit. Saya telah melakukan terapi dan dibekalkan ubat.

Setelah 2 kali rawatan, saya sudah nampak perubahannya. Saya hanya perlu melakukan rawatan susulan sesekali sahaja selepas itu dan kini saya tidak perlu bergantung pada ubat lagi. Tiada lagi batuk yang teruk dan nafas saya juga bertambah lancar. Badan juga bertambah segar dan tiada masalah lagi untuk melakukan kerja – kerja seharian.

 

"Batu Karang"

Nama                : Mohd. Mukriz

Umur                 : 26 tahun

Pekerjaan         : Polis

Lokasi               : Segamat, Johor

Masalah            : Kencing berbau kerana batu karang

Saya mengalami batu karang yang agak teruk. Perjalanan air kencing terganggu kerana batu karang mula membesar. Saya juga rasa pedih ketika membuang air kecil, rasa loya dan kadang-kadang kencing berbau busuk.

Saya perlu makan ubat setiap hari dan mungkin juga sepanjang hayat jika sakit saya berterusan. Setelah sekian lama berubat saya mula berikhtiar untuk mencari alternatif lain supaya penyakit saya dapat disembuhkan dan saya tidak perlu makan ubat hospital lagi.

Kawan saya telah mencadangkan agar saya mencuba rawatan di Rawatan Alternatif Mahsuri (RAM) setelah membaca kejayaan RAM menyembuhkan beberapa penyakit yang agak kronik. Saya disarankan agar minum air sebanyak mungkin dalam sehari untuk membersihkan ginjal.

Beberapa tindakbalas telah berlaku setelah 5 hari saya makan ubat yang diberikan. Kencing berbau dan pekat. Terdapat juga seperti pasir yang keluar. Saya teruskan makan ubat dan lama-kelamaan penyakit saya beransur pulih. Kini setelah melalui beberapa rawatan susulan saya telah sembuh sepenuhnya dan hidup saya lebih cergas dan bertenaga.

 

 

...Apakah Jenis-Jenis Penyakit Yang Boleh Di Rawat.

Kebanyakan penyakit utama boleh dirawat di Rawatan Alternatif Mahsuri. Ini termasuk semua golongan tua, muda dan kanak-kanak. Berikut ialah antara penyakit yang boleh diubati.

 

Sakit Kronik

Gout, Angin Ahmar, Lumpuh, Sakit Lutut

Bisa – Bisa Tulang

Buasir

Sakit Urat, Terseliuh

Sakit Pinggang

Migrain, Stress, Sakit Kepala

Darah Tinggi

Kencing Manis

Urut Terapi

Sakit Tuan / Puan

Masalah Rumahtangga

Hilang Ketenangan ( Kaunseling )

Jiwa Resah Dan Gelisah

Lemah Semangat, Fobia (Takut)

Gangguan Tidur (Mimpi Ngeri)

Lemah IQ, Pelupa, Kurang Aktif, Malas Belajar,

Hyperaktif, Degil, Fibroid, Anemia

dan lain-lain lagi..

 

   

 

 

Info Tentang Penyakit Strok


Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

 

 

 

 

 

 

...Bagaimana untuk mendapatkan rawatan.

Cara terbaik untuk mendapat rawatan ialah dengan datang sendiri ke Pusat Rawatan Alternatif Mahsuri bagi mendapat khidmat rundingan dengan lebih terperinci dan berkesan daripada kami. Lokasi kami adalah seperti berikut:

Rawatan Alternatif Mahsuri
B-G-32, Apt Sri Penara,
Jln Sri Permaisuri 1,
Bdr Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala-Lumpur
Tel: 03 9173 9786 @ 013-3712 334

Peta Lokasi
lihat peta lokasi kami di sini

   

        

 

 

bulletTerapi Saraf (RM 115) RM 50

Terapi saraf untuk mengesan potensi penyakit anda.


bulletPlus Ubat Saraf

Ubat untuk merawat penyakit yang dikesan menggunakan terapi saraf

**Promosi ini hanya sah jika anda membuat tempahan atau rawatan sebelum Pukul 9 malam, hari 


 

YA! - Saya Berminat Untuk Membuat Rawatan Terapi Saraf!

  • Saya Bersedia untuk Melakukan Rawatan Terapi Saraf
  • Saya Layak Untuk Mendapat Harga Promosi Yang Ditawarkan  iaitu:-

bulletTerapi Saraf (RM 115) RM 50

bulletUbat Saraf @ Terapi Kali Pertama SahajaPERCUMA

 

Hanya $115
RM50.00
(Untuk Tempoh Terhad)

Sila Analisis Penyakit Saya Sekarang

Klik 'button' di atas untuk bayaran...

 

 

>> Dapatkan Voucher Diskaun Di Sini <<

note: untuk download voucher klik kanan pada mouse anda dan pilih 'Save Target As...'

 

Ke Arah Hidup Sihat,

P.S: Kebanyakan diantara kita tidak sanggup berbelanja untuk kesihatan diri sendiri. Kita lebih sanggup berbelanja bukan sahaja ratusan ringgit malah ribuan ringgit untuk aksesori kereta, perabot rumah dan pelbagai peralatan lagi yang hanya merupakan kehendak hati kita sahaja.. Kesan penyakit anda di peringkat awal dan cuba mengatasinya.

P.P.S: Jika anda membuat rawatan atau tempahan sebelum Pukul 9 malam, hari , anda layak mendapat harga promosi dan ubat terapi saraf dengan PERCUMA. Untuk tempahan sila dail 03-9173 9786 atau 013 3712334.

 

>> Jika Anda Tidak Bersedia Untuk Terapi Saraf Klik Di Sini <<

Untuk Temujanji Sila Hubungi: 03-9173 9786 atau 013 3712334

© 2006-2012 Rawatan Alternatif Mahsuri

Penafian Penyembuhan

SEGALA KENYATAAN & TESTIMONIAL YANG DITERANGKAN DI ATAS MERUPAKAN PENGALAMAN PENGAMAL PUSAT RAWATAN MAHSURI. KAMI HANYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. SEHEBAT MANAPUN TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN ATAU SEBANYAK MANA PUN ILMU YANG DIMILIKI, JALAN PENYEMBUHAN HANYALAH DATANG DARI ALLAH JUA. ALLAH YANG LEBIH BERHAK MENYEMBUHKAN SETIAP PENYAKIT. INSYAALAH